Login
Visitor Counter
Today | ||
Yesterday | ||
This week | ||
This month | ||
All |
Spesifikasi Yamaha FZ150i
Jenis enjin : 4 lejang, 1 silinder sejukan cecair, 4 injap (SHOC)
Gerek x lejang : ( 57mmx 58.7 mm)
Isi padu sesaran : 149.48cc
Kuasa maksimum : 11.1 kw/8500 rpm
Tork maksimum :13.1 Nm/7500 rpm
Nisbah mampatan : 10.4:1
Sistem nyalaan : CD1
Sistem penghidup : Tendang dan elektrik
Sistem Bahan Api :Pancitan
Sistem klac : Basah,plat berbilang,manual
Transmisi : 5 kelajuan
Suspensi depan : Fork taleskopik
Suspensi belakang : Tunggal/monocross
Brek hadapan : Cakera tunggal
Brek belakang : Gelendong
Jenis kerangka : Berbentuk berlian/delatabox
Saiz tayar depan : 2.75-17 41P
Saiz tayar belakang : 90/90-17 M/C 49P
Tinggi pelana : 760 mm
Tapak roda : 1282 mm
P x L x T : (2,000 x 705 x 1035)mm
Berat kering : 98kg
Muatan tangki : 12 liter
Tulisan pada kali ini saya ingin membincangkan mengenai palam pencucuh di mana majoriti pemilik motosikal kenal akan salah satu komponen yang amat penting pada sesebuah motosikal.Hah..ada yang tak kenal ke?Nama biasa yang disebut adalah ‘plug‘.Pergi kedai kotor pun orang mesti tanya “plug ada?” jarang sangat sebut “palam pencucuh ada”.
Kebiasaannya kita jarang ambi peduli apa maksud angka pada kod sebiji plug.Kod seperti NGK BP8 dan NGK BP7 mempunyai makna tersendiri di mana angka tersebut merupakan perbezaan julat haba yang terdapat pada sebiji palam pencucuh.
Perlu anda tahu bahawa kod julat suhu atau haba ini berbeza mengikut jenama.Jenama dari jepun menerangkan maksud angka yang lebih tinggi adalah ’sejuk’ mankala yang lebih rendah adalah ‘panas’.Berbeza dengan jenama dari Eropah mereka melabelkan angka yang rendah adalah ’sejuk’ manakalan angka lebih tinggi lebih ‘panas’.Jadi NGK BP8 lebih sejuk dari NGK BP7.Apa yang panas dan apa yang sejuk?
“Awas! hati-hati membeli palam pencucuh jangan membeli jenama yang tidak bersesuaian dengan cuaca di negara kita.”:)
Baik,nombor ini menggambarkan tahap haba yang boleh diterima oleh palam pencucuh berkenaan di mana lebih tinggi nombornya maka lebih lambatlah tahap kepanasannya.Oleh itu ia amat sesuai untuk digunakan untuk melakukan perjalanan jarak jauh.
Mankala palam pencucuh jenis sejuk sesuai untuk kegunaan jarak dekat terutama pada motosikal 2 lejang.Tahap mendakan karbon juga dapat diminimakan.
Cuba anda bayangkan untuk perjalanan yang sekejap-sekejap anda menggunakan plug jenis sejuk.Mendakan karbon di dalam ekzos akan cepat bertambah kerana pembakaran yang kurang lengkap.Lama-kelamaan jika keadaan ini dibiarkan prestasi motosikal anda juga akan menurun.
Palam pencucuh perlu ditukar pada setiap 10,000 km bagi memastikan percikan api sentiasa di tahap optima.Jadi janganlah lokek untuk membeli sebiji plug sekiranya dah sampai masa kena tukar tukarlah segera.
Sekian
Hari ini saya nak hebahkan satu perkara kepada pembaca dunia permotoran iaitu berkenanaan kamera pengesan lalu lintas yang bakal dipasang di jalan raya.Alatan ini diberi nama Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) di mana ianya akan dipasang di lampu-lampu isyarat dan di lebuh raya.
Tujuannya tidak lain dan tidak buka adalah untuk mengesan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan.
Wah!..Bro semua hati-hati he..he..:) saya tahu ramai antara kita yang suka ‘langgar’ lampu merah.Tapi mulai hari ini jaga-jaga saman akan diambil alih oleh kamera (AES).Begitu juga di lebuh raya kamera ini mengesan pengguna-pengguna yang melebihi had laju yag telah ditetapkan.
Sistem ini akan mula dipasang di Lebuh Raya PLUS dari Johor Bahru hingga ke Bukit Kayu Hitam dan ianya beroperasi selama 24jam.Sebagai permulaan JPJ juga akan memasang kamera (AES) di seluruh lampu isyarat di Shah Alam bagi mengesan dan menyaman pesalah tarfik.
Masih ingat lagi tak sistem dimerit yang telah JPJ laksanakan beberapa tahun sudah.Ya! sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan akan di saman serta merta oleh kamera (AES) tersebut.Paling ‘menakutkan’ rekod kesalahan secara automatik akan dimasukkan ke dalam sistem merit berkenaan.
Langkah bijak pihak JPj ini baiknya iaitu mengurangkan tenaga kerja anggota polis untuk memantau kesalahan trafik dan tugas ini diambil terus oleh sisten kamera (AES).
Kebaikan seterusnya dapat mengurangkan gejala rasuah..ha…yang ni selalu terjadi……
Keburukannya pula pada pengguna jalan raya adalah kemungkinan lesen digantung disebabkan terlalu banyak merit yang telah dikenakan akibat banyak melakukan kesalahan.Ini kes naya he..he..
Jadi lepas ni kenalah lebih berdisiplin dan banyak bersabar terutama di lampu isyarat ye…
Salam bro semua;
Maaf lama gak saya tak update…Kali ni saya nak bawa satu topik panas berkenaan Yamaha LC135 yang tengah top di pasaran berbanding Yamaha FZ150i.
Saya tak nak tulis panjang-panjang cuma nak tanya pendapat bro semua berkenaan dengar gambar enjin LC135 pecah.Gambar ni saya dapatkan dari sebuah forum permotoran juga.Tapi memandangkan topik pasal LC nih..semakin panas jadi saya paparkan kat blog ni untuk paparan bro.
Tujuan saya bukan nak perkecilkan kualiti atau menyinggung mana-mana pihak tapi sekadar memberi maklumat dan berkongsi darinya.
Inilah gambarnya.Klik kat sebelah tu….
Ok bro boleh beri komen mengenai gambar ni….
Sekian
-Wira Duniamoto
Enjin LC135 pecah,Yamaha LC135